spirit

cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar;
~ bermetil campuran etanol dan metanol, dengan sedikit bahan lain (digunakan sebagai bahan api dan pelarut).

spiritisme

1. pemujaan roh (orang yang telah meninggal);

2. kepercayaan bahawa roh dapat berhubungan dengan manusia;

3. ajaran dan cara-cara memanggil roh.

spiritual

1. berkaitan dengan atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat fizikal), rohaniah:
kegiatan pembangunan ~ juga akan diteruskan bagi memastikan artis menjadi golongan yang dihormati;
pembangunan yang berimbang antara aspek material dengan aspek ~.

spiritualisme

kepercayaan bahawa roh orang yang mati boleh berkomunikasi dengan orang yang hidup (terutamanya melalui perantaraan).

spirograf

alat untuk merakamkan pergerakan pernafasan dan isi padu udara yang disedut dan dihembuskan semasa pernafasan.

spiroket

(Biologi) sekumpulan bakteria berbentuk pilin yang bergerak dengan membengkok-bengkokkan selnya, termasuklah jenis yang menyebabkan penyakit sifilis pada manusia.