[Indonesia], [bahasa percakapan] alat pembesar suara.
sombol
menyombol menyuapkan makanan dengan menjejal-jejal (ke dalam mulut kanak-kanak).
sombong
tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah:
hanya orang yang ~ dan bongkak sahaja yang suka berkata begitu;
hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih (peribahasa) kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran;
menyombong berlaku sombong, membesar-besarkan diri:
daripada gayanya yang ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dari kampung itu;
menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan:
jangan suka ~ ijazahmu;
~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri;
kesombongan perihal (sifat dan sebagainya) sombong, keangkuhan:
cukuplah ~ dan keangkuhanmu pada hari ini;
penyombong orang yang sombong (suka menyombong).
sombrero
sejenis topi lelaki yang tepinya lebar, seperti yang dipakai oleh orang Mexico.
someng
[arkaik] tidak sedap dilihat (didengar dan lain-lain), janggal, memberi malu, menyakiti hati, sumbang.
somet
[kata seru] misai.
somnambulis
(Perubatan) orang yang berjalan semasa dalam keadaan tidur.
somnambulisme
(Perubatan) perbuatan berjalan semasa dalam keadaan tidur.
sompek
sobek tepinya (pengayuh dan lain-lain), sumbing besar:
sampan rempung, kayuhnya ~ ;
tersompek menjadi sompek:
ia diuji bagi menjamin ketahanan daripada ~, tergaris, dan pecah.
sompeng
sompek.