[Arab] suatu tempat yang paling tinggi di langit ketujuh yang telah dikunjungi Nabi Muhammad SAW semasa Mikraj.
siduga
[Minangkabau];
bersiduga berlari berdahulu-dahuluan, berlumba.
siena
sejenis tanah liat yang digunakan sebagai bahan pewarna.
siera
(Geografi) banjaran gunung yang panjang dengan puncak yang bercerancang dan lereng yang curam, terutamanya di Sepanyol dan Amerika Selatan.
sifar
kosong.
sifat
1. keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat:
adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih;
kekurangan ~ cacat pada badan;
2. keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dan lain-lain), tanda-tanda yang khas untuk mengenal sesuatu benda:
puisi mempunyai ~ yang berlainan daripada prosa;
~ kimia sesuatu asid;
3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak:
itu sudah ~ seorang perempuan;
bersifat mempunyai sifat:
seni ~ universal;
manusia ~ lemah;
menyifatkan
1. menggambarkan, mengisahkan, menceritakan:
dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup?
2. menganggap sesuatu sebagai:
beliau ~ mereka sebagai musuh dalam selimut;
tersifatkan terperikan, terkatakan, terkhabarkan:
maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi.
sifatekun
[arkaik] inersia.
sifatullah
[Arab] sifat Allah.
sifilis
sejenis penyakit kelamin yang kronik dan berjangkit, penyakit raja singa.
sifir
daftar bilangan yang dipergandakan berturut-turut (seperti 1×1=1, 1×2=2, 1×3=3, dan lain-lain), daftar kalian, kali-kali.