[arkaik] seringai.
serengkung
sejenis tumbuhan (pokok renek), Apama tomentosa.
serenjak
sejenis perangkap tikus.
serenjang
[sastera lama] tegak lurus (orang berdiri, tiang, dan lain-lain);
garis ~ (Matematik) garis yang tegak lurus terhadap garis lain;
berserenjang berdiri tegak lurus.
serenta
[Jakarta] apabila (sebaik) sahaja, demi, serta.
serentak
pada waktu yang sama (melakukan sesuatu dan lain-lain), bersama-sama, serempak:
lima orang anak kita boleh dihantar ~ ke sekolah tinggi;
menyerentakkan menyebabkan berlaku atau berjalan serentak;
keserentakan perihal (keadaan) serentak.
serentang
1. sejenis tumbuhan (pokok), terentang, Campnosperma auriculata;
2. sejenis tumbuhan (pokok), terentang, Campnosperma macrophylla.
serep
[Indonesia] cadangan (untuk mengganti yang lain), persediaan.
serep I
[Indonesia] serap.
serep II
[Jakarta];
menyerepi menanyai untuk mengetahui (keadaan yang sebenarnya dan lain-lain).