sempayan

~ pitu sejenis tumbuhan (pokok kecil), celeguri, guriam, kecolam, lampin budak, puding, Clerodendron disparifolium;
~ ular
sejenis tumbuhan (pokok kecil), kelentit nyamuk (laut), medang putih, pena-pena, senyamuk, Guioa pleuropteris;
~ ular
sejenis tumbuhan (pokok kecil), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan, lengkuang, Ostodes macrophylla.

sempelah

hampas, keladak, semperah:
~ kelapa;
~ tebu;

2. [kiasan] tidak berguna (orang), sampah masyarakat;
anak ~ anak yang tidak berguna.

sempena I

berkat, tuah;
mengambil ~ mengambil berkat;
keris ~ keris yang berlok tiga (lima, tujuh);

bersempena mengambil berkat (daripada):
pertunjukan MAHA pada tahun ini diadakan ~ dengan hari ulang tahun kemerdekaan yang kesepuluh;

menyempenakan mendatangkan berkat (tuah) kepada.

semperung

1. corong (lampu dan lain-lain), cimni, serombong;
~ asap corong asap (pembuluh tempat keluar asap);

2. buluh (besi dan lain-lain) untuk meniup api, salung api;

3. teropong.