sejenis ikan laut.
bekoi
sejenis tumbuhan, telinga badak, rambai-rambai, Crypteronia spp.
beksa
1. sejenis tumbuhan (pokok), sebusuk (hutan), terkap bumi, Cassia nodosa;
2. sejenis tumbuhan (pokok), batai, bebatai, bereksa, Cassia timorientasis.
beksan
[Jawa] tarian Jawa.
beku
1. pejal, keras (berkenaan (dengan) benda cair):
di kutub, air laut ~ sepanjang tahun;
2. [kiasan] kaku, tidak bergerak:
yang ~ dan tidak selaras dengan zaman moden;
bahasanya usang dan ~;
modal untuk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang;
3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak:
parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara;
~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham;
membeku menjadi beku:
darah yang keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~;
membekukan
1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal:
dalam masa seminggu sahaja , sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah;
2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dan lain-lain) buat sementara:
peminjaman wang untuk membeli kereta telah dibekukan pada bulan lalu;
~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu;
kebekuan perihal (keadaan) beku:
keadaan ini boleh membawa kita keluar daripada ~ fikiran;
pembekuan perihal atau perbuatan membeku(kan):
batu-batan di negeri-negeri yang berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya;
pembeku bahan yang digunakan untuk membekukan sesuatu.
bekuan
[Kelantan] panas.
bekuk
[Indonesia] ;
membekuk
1. melengkokkan (mematahkan) benda yang keras;
2. = ~ batang leher menangkap (pencuri, perompak, dan lain-lain):
seorang pengawal merampas senjata api dan seorang lagi ~ perompak itu;
3. memperdayakan, menipu;
pembekukan pelengkokan, penangkapan, penipuan.
bekuku
bekukung.
bekukung
sejenis ikan laut, Sparus hasta.
bekwah
[Kelantan], [Terengganu] kenduri arwah.