selipar

sejenis alas kaki, capal, selop;
~ Jepun selipar daripada getah yang mempunyai tali berbentuk v dan hujungnya dikepit antara ibu jari dengan jari kedua (ketika memakainya);

berselipar memakai selipar:
kebanyakan kami lebih suka ~ sahaja ketika berehat.

seliput

berseliput penuh (bersalut):
jarinya yang ~ dengan nasi itu menunjuk ke arah Halimah;

menyeliputi menyaluti, meliputi.

selir II

menyelir berbunyi seperti bunyi pasir ditabur ke air (daun-daun bergeser dan lain-lain).

selirat

berselirat
1. berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dan lain-lain):
saluran-saluran darah yang halus ~ di dalam dinding usus;

2. [kiasan] berkecamuk (fikiran dan lain-lain), tidak tenteram:
banyak benar perkara yang ~ dalam kepala saya;

menyeliratkan menjadikan atau menyebabkan berselirat:
~ fikiran menyebabkan fikiran berkecamuk atau tidak tenteram;

= sirat I.

selisa

berselisa
1. bersisa;

2. = tidak ~ terlalu rapat, tidak ada antaranya:
peluru mesingan yang menembusinya itu tidak ~ di seluruh badan.

selisih

1. beza, perbezaan, kelainan:
tidak jauh ~ umurnya dengan umur kakaknya;

2. tidak sama (pendapat, fikiran, dan lain-lain), berbeza atau berlainan (pendapat dan lain-lain);
~ basah simpang-siur (perahu dan lain-lain);
~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat);

berselisih
1. tidak sama (jumlah dan lain-lain), berbeza:
isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu;

2. berlainan pendapat (fikiran dan lain-lain), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dengan yang lain):
siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham;
mendamaikan orang-orang yang ~;
~ semat
[Minangkabau] salah faham;

3. bertemu di jalan dan lain-lain (tetapi berlainan hala), berpapasan:
sekali-sekala kereta kami ~ dengan kereta kenalan;

berselisihan saling berselisih:
kehendak dan harapan pihak yang ~;

menyelisihkan, memperselisihkan
1. menimbulkan pendapat dan lain-lain yang berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan:
~ kandungan surat;

2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan;

selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dan sebagainya) yang berselisih:
tugas yang asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung dan membuat ~ jadual data tersebut;

perselisihan
1. perbezaan pendapat (fikiran dan lain-lain):
timbullah ~ faham antara Dato Temenggung dengan Dato Perpatih;

2. perbalahan, persengketaan, pertikaian:
berunding menyelesaikan ~.

selisik

menyelisik
1. membersihkan rambut (dengan mencari kutu), mengutui:
ia pun duduk bersandar ke tiang tengah sambil ~ rambut yang panjang itu;

2. [kiasan] mencari bukti (keterangan dan lain-lain), menyelidik, menyiasat;
pandai ~ sedang berlaga (peribahasa) orang yang dapat mencari kesenangan diri walaupun dalam bahaya atau kesusahan.