pagar I

1. sesuatu yang dibuat untuk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dan lain-lain):
~ besi;
~ buluh;
~ dawai (kawat);
turus ~
tiang pagar;

2. sesuatu yang serupa pagar;
~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan;
~ desa orang yang membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat;
~ duri pagar daripada dawai berduri;
~ hidup pagar daripada pokok-pokok kecil;
~ musang (sasak, tenggalung) pagar pada buritan perahu;
~ sua pagar yang menyekat dua ekor kerbau yang akan diadu;
~ makan padi (tanaman) (peribahasa) orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita;
bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi (peribahasa) keadaan atau pertolongan yang tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung);

berpagar mempunyai sesuatu sebagai pagar:
kebun yang tidak ~;

berpagarkan mempunyai sesuatu sebagai pagar:
jalan itu ~ pohon ru;

memagar
1. membuat pagar, memasang pagar:
pohon-pohon mempelam dalam kebun itu dipagar berkeliling dengan besi;

2. menyerupai pagar;
~ diri menjaga diri;
~ diri bagai aur (peribahasa) [Minangkabau] menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain);

memagari
1. membuat atau mendirikan pagar pada (di sekeliling):
kebun itu dipagari dengan kawat berduri;

2. berada (terletak, berdiri, dan sebagainya) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi:
tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yang berwarna-warni;
penonton yang sedang ~ medan permainan itu;

3. [kiasan] menghalangi (daripada kejahatan, bahaya, dan lain-lain), melindungi, mendindingi;

memagarkan
1. menggunakan sesuatu sebagai pagar;

2. membuatkan pagar (pada), mendirikan (memasangkan) pagar pada;

pemagaran proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pada atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dan sebagainya):
kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai;

pagaran pagar.

berkongsi