padu

1. mampat, padat, pejal, tumpat:
~ seperti batu dan besi;
roti mudah dihancurkan di dalam tubuh kerana ia tidak ~
;

2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati:
anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dalam satu perarakan;
bersatu ~
bersatu benar-benar;

3. [kiasan] kukuh (teguh, utuh) dan kuat:
kesatuan yang ~;

sepadu sebati, terserap, berjalin:
ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yang kekal ~ dengan kata-kata Melayu sekarang;
pembangunan material dan spiritual hendaklah ~
;

bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dan sebagainya):
pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial;
mempunyai asas sumber asli yang ~ dengan struktur perindustrian;

menyepadukan menjadikan sepadu atau bersepadu:
kesemuanya telah dicampur aduk dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yang utuh dan berfungsi;

tersepadu telah bersepadu:
ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dalam perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020;

kesepaduan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh;
malahan ~ komuniti itu diasaskan pada pertalian kekeluargaan;

persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat,dan sebagainya);

penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian;

penyepadu orang, unsur, pihak dan sebagainya yang menyepadukan:
syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yang terkemuka di negara ini;

berpadu
1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati:
ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu;
zat besi mudah ~
dengan oksigen;

2. bercampur, bergaul:
senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya;

3. menjadi beku dan keras (darah dan lain-lain);

4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu;
~ padan
a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar;
b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran;
~ suara
a) berduet;
b) [kiasan] menjadi satu, berbaur:
angin laut dan desir ombak ~ suara;

memadu
1. melebur (emas);

2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam);

3. mengikat (janji dan lain-lain), menguatkan, mengukuhkan:
~ janji;
kata sudah dipadu;
negara-negara yang tidak memihak ~ tenaga untuk memperkuat pengaruh mereka;

4. membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan, memadankan;
~ pendapat mencocokkan pendapat;
~ hati menyatukan hati (kasih dan lain-lain);
~ satu = menyatupadukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh;

memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampurkan, menyatukan:
~ fahaman semua manusia;

memperpadukan menjadikan berpaduan:
manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru;

terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dan lain-lain), tergabung;

paduan
1. apa yang telah dipadu, sesuatu yang telah disatukan (digabungkan dan lain-lain):
~ suara;

2. persesuaian, kecocokan;

kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dan lain-lain), kemuafakatan;

perpaduan
1. penggabungan, peleburan;

2. persesuaian, kecocokan;

3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dan lain-lain), persatuan:
bahasa dan sastera adalah alat untuk ~ kebangsaan;
bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional
;

pemaduan
1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dan lain-lain) menjadi satu:
air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen;

2. persesuaian, kecocokan;

pemadu sesuatu yang memadukan:
kuasa ~.

berkongsi