padang

1. tanah yang lapang, lapangan;
~ bola padang tempat bermain bola sepak;
~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yang tidak dikerjakan;
~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yang ditinggalkan (tidak dikerjakan);
~ (kapal) terbang lapangan terbang;
~ mahsyar padang tempat berkumpul pada hari kiamat;
~ minyak tanah luas yang ada minyak tanah di dalamnya;
~ pasir tanah pasir yang sangat luas;
~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yang ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yang sesuai untuk diragut oleh binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri;
~ rumput padang yang ditumbuhi rumput;
~ tandus padang yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan;
~ tembak padang tempat berlatih menembak;
~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan;

2. [Kedah] sawah, bendang;
~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran (peribahasa)
a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya;
b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati;
di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat (peribahasa) suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri;
lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) (peribahasa) lain negeri lain adat resamnya;
tersesak ~ ke rimba (peribahasa) habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi;

berpadang mempunyai padang, ada padangnya;
diberi ~ luas (peribahasa) diberi kebebasan untuk memilih apa kehendaknya;
orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja (peribahasa) sesuatu yang telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.

berkongsi