1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup:
kaum kita hidup ~ dengan sesuap nasi;
2. berasa puas (senang), berasa cukup:
hatinya belum ~;
asal ada kecil pun ~ (peribahasa) asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah;
berpada mencukupi:
dalam keadaan serba sederhana dan ~;
berpada-pada
1. elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan:
amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yang dihadkan;
2. agak cukup (walaupun tidak banyak), lumayan, sedang;
memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dan lain-lain):
rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat;
makanan semata-mata tidak ~;
memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja;
memadakan
1. menjadikan pada, menganggap pada:
apabila malam dipadakanlah tidur bertikar;
2. membiarkan, mendiamkan:
orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda;
3. menjadikan puas, memuaskan:
~ hati;
terpada;
tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat.