1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yang dilekatkan pada tumit kasut (dipakai untuk mencepatkan kuda berlari);
2. (Komputer) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan;
3. (Komputer) tindakan menyalurkan data atau isyarat dari satu titik ke titik yang lain;
berpacu
1. ada pacunya, memakai pacu;
2. digertak dengan pacu supaya berlari deras;
3. berlumba lari dan lain-lain;
~ kuda berlumba kuda;
memacu
1. menggesa (kuda) dengan menusukkan pacu supaya berlari deras:
maka Arung Lenga pun ~ kudanya;
2. [kiasan] melarikan deras-deras (kereta dan lain-lain):
dipacunya motosikalnya dengan laju;
3. = memacukan memperlumbakan;
4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dan sebagainya) dengan lebih cepat atau pesat, memesatkan:
beberapa strategi untuk ~ pertumbuhan ekonomi negara;
mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk ~ perniagaan masing-masing;
pacuan
1. perlumbaan (kuda, sapi, dan lain-lain);
anak ~ penunggang kuda lumba, joki;
kuda ~ kuda lumba;
2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dan lain-lain);
3. yang dipacu oleh:
kenderaan ~ empat roda;
~ empat roda sistem kenderaan bermotor yang keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan;
pemacuan perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) memacu:
penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara;
~ kuda;
pemacu
1. faktor (unsur dan sebagainya) yang memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dan sebagainya):
hasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu ~ ekonomi negara;
syarikat itu diiktiraf sebagai kuasa ~ yang membawa banyak kemajuan teknologi;
2. (Komputer) perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan atau perisian lain:
jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya;
~ cakera peranti perisian ingatan komputer yang digunakan untuk menyimpan dan mendapatkan kembali data pada cakera.