orang

1. manusia (sebagai peribadi):
dari sini kami lihat ~ berkelahi;
tadi ada ~ telefon awak;
satukanlah ~ berdua ini;

2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yang umum):
jangan suka dengar cakap ~ sangat;
dagingnya ~ buat lauk;
dengar kata ~ terjun masuk lubuk;
di aku hak aku, di ~ hak ~
(yang) pada orang lain itu haknya;

3. diri manusia:
barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana;
mana ~nya yang memanggil aku tadi;
~ seorang
orang sendiri;

4. penjodoh bilangan bagi manusia:
lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan;

5. pengikut, anak buah:
berapa ramaikah ~ awak?;
kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak;

6. manusia yang berasal dari sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara:
dia ~ Perak, bukan ~ Selangor;
nampaknya dia itu seperti ~ kampung;

7. bangsa, kaum, suku:
~ Iban;
~ Kadazan;
~ Melayu;

8. = ~ lain lain daripada diri sendiri, bukan kaum keluarga:
itu motokar ~, bukan motokar kita;
~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar;
negeri ~
negeri lain, bukan negeri sendiri;

9. [Jakarta] kerana, lantaran (sebenarnya):
mana dapat membayar, ~ belum gajian;

10. [bahasa percakapan] diri sendiri dan sebagai penguat untuk kata ganti seperti awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;
~ asing

a) (Undang-undang) orang yang bukan warganegara bagi sesebuah negara;
b) orang luar;
~ asli penduduk asal sesebuah negeri;
~ atas
a) orang yang tinggal di sebelah atas;
b) orang yang berpangkat tinggi, orang besar-besar;
~ awam
a) rakyat biasa, khalayak ramai;
b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera;
~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam;
~ Barat orang berkulit putih yang berasal dari Eropah dan negara-negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand;
~ baru (baharu)
a) orang yang baru bekerja;
b) orang yang baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat;
c) orang yang baru berkahwin;
d) anak yang akan atau baru dilahirkan;
~ bawah (bawahan) orang yang tidak berpangkat, orang yang berpangkat rendah;
~ belakang
a) [bahasa percakapan] isteri;
b) orang yang akan datang (lahir) kemudian;
~ (yang) berada orang yang berharta;
~ besar
a) orang yang besar tubuh badannya;
b) orang yang sudah dewasa;
c) orang yang berpangkat tinggi;
d) orang mulia (bangsawan);
~ biasa rakyat biasa;
~ buangan orang yang diasingkan daripada masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dan lain-lain);
~ bukit orang yang tinggal di bukit;
~ bumi penduduk asli;
~ buruan orang yang diburu (dicari) oleh yang berwajib kerana kesalahan jenayah dan lain-lain;
~ dagang orang yang datang dari negeri lain, orang yang datang merantau, bukan anak negeri;
~ dalam
a) orang yang bekerja dalam istana raja;
b) orang yang bekerja di dalam sesuatu jabatan dan sebagainya;
c) [kata seru] orang yang dijemput khas kerana menolong kerja kahwin;
d) [Kelantan] orang yang dapat bergaul dengan sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai;
~ darat
a) orang asli;
b) orang kampung (dusun);
c) [Kelantan] [kiasan] orang yang tidak tahu akan perkara;
d) [Minangkabau] orang bahagian pedalaman Minangkabau (lawan orang pesisir);
~ datang keturunan atau angkatan yang akan datang, orang belakang;
~ gaji(an) orang yang bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah;
~ galang orang yang menjadi pelindung kepada orang lain (seperti pembesar), orang yang bersedia menyabung nyawanya untuk tuannya dan lain-lain;
~ halus
a) jin, roh, orang bunian;
b) orang yang pandai-pandai;
~ harapan orang yang diberi kepercayaan penuh atau yang amat diharapkan untuk melaksanakan sesuatu (projek, program dan sebagainya);
~ hilir
a) orang yang tinggal di sebelah hilir sungai;
b) [Kelantan] orang yang tahu segala-galanya (lawan orang darat);
~ hulu
a) orang yang tinggal jauh di pedalaman negeri;
b) orang yang tidak tahu adat dan lain-lain;
~ hobatan orang yang pandai menjampi (bomoh);
~ hutan
a) orang yang tinggal di hutan;
b) sejenis kera besar, mawas, Pongo pyangmaeus;
c) orang yang tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dan lain-lain);
~ jemputan orang yang berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yang menjemputnya dengan wang dan lain-lain);
~ kalau orang yang memainkan nobat;
~ kampung
a) orang yang tinggal di kampung;
b) [bahasa percakapan] orang yang tidak tahu suatu apa;
~ kanan orang yang diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yang utama;
~ kaya
a) orang yang berharta, hartawan;
b) = ~ kaya-kaya orang yang berpangkat (berkedudukan) tinggi;
c) = rangkaya panggilan kepada isteri orang yang berpangkat atau yang patut dihormati;
~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat);
~ kecil
a) orang yang kecil badannya;
b) rakyat biasa (orang kebanyakan);
~ keluaran
a) orang yang di luar (yang tidak turut campur dan lain-lain);
b) orang luar istana (lawan orang dalam);
~ kenamaan orang yang terkenal, orang yang masyhur, orang besar;
~ kepercayaan orang yang dipercayai, orang harapan;
~ lain bukan diri sendiri, manusia lain;
~ lama orang yang sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dan lain-lain) dan banyak pengalamannya;
~ laut suku bangsa yang hidup (tinggal) di laut;
~ liar orang yang belum bertamadun (beradab), orang hutan;
~ luar (luaran) orang yang di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dan lain-lain);
~ mendatang orang dagang;
~ minyak orang yang melumuri badannya dengan minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dan lain-lain) dan biasanya mengganggu orang perempuan dengan tujuan hendak mencabul kehormatan mereka;
~ muda
a) orang yang masih muda;
b) pemuda;
c) [Minangkabau] tukang salung (tari dan lain-lain);
d) (biasanya) pelaku utama lelaki dalam bangsawan dan lain-lain, hero;
~ papak pondan;
~ perjuangan tokoh-tokoh politik;
~ preman orang awam (bukan tentera);
~ putih orang Barat;
~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum;
~ rantai orang hukuman;
~ rendah
a) orang yang tidak tinggi badannya;
b) orang yang kedudukannya (bangsanya dan lain-lain) rendah, orang biasa;
~ rumah
a) isteri;
b) orang yang tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah;
~ sabun orang balar;
~ sakit
a) orang yang menghidap penyakit, pesakit;
b) orang yang dirawat di hospital;
~ salah orang yang dihukum kerana melakukan kesalahan;
~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga;
O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dalam kumpulan kaum Kadazan Dusun, yang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yang berkaitan dengan laut dan sungai;
~ suruhan
a) orang gaji;
b) wakil daripada satu pihak (sebagai pembawa pesanan dan lain-lain), utusan;
~ tahanan orang yang ditahan oleh pihak yang berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dan sebagainya;
~ tani peladang, petani;
~ tebusan orang yang ditahan (biasanya orang yang tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yang menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan;
~ tengah
a) orang yang menjadi pendamai bagi pihak-pihak yang berbalah;
b) orang yang menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dengan pengguna;
c) orang yang menjadi pengantara antara pihak-pihak dalam rundingan kahwin dan lain-lain;
~ timur orang Asia;
~ tua
a) orang yang sudah tua;
b) ibu bapa;
c) = ~ tua-tua orang yang dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dalam kampung;
O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yang terbahagi kepada banyak suku yang berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yang kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pada adat, dan mahir dengan kerja tangan;
~ upahan orang yang diupah untuk melakukan sesuatu, biasanya yang tidak baik;
~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya (peribahasa) mengikut rasa hati masing-masing;
~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia (peribahasa) perihal orang kaya yang selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian);
~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam (peribahasa) tiap-tiap anak muda itu ada yang dirinduinya (nasihat kepada orang tua);
~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih (peribahasa) orang yang sudah tahu (pandai dan lain-lain) itu jangan diajar lagi;
apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang (peribahasa) perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yang berkuasa Tuhan jua;
bak ~ gombang di lebuh (peribahasa) elok di luar sahaja sedang di dalam tidak elok (tidak sempurna);
lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat (peribahasa) kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dan lain-lain);
seperti menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;
takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat (peribahasa) sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);

seorang
1. satu orang;
salah ~ mana-mana satu orang (daripada yang banyak);

2. sendiri;
~ diri sendiri sahaja;
~ budi-budian, ~ tabung seruas (peribahasa) perihal dua orang yang berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yang satu lagi lurus);

seseorang seorang (daripada yang banyak) yang tidak dapat dipastikan:
~ calon itu hendaklah lulus ujian;

berseorangan, berseorang
1. dengan cara seorang-seorang;
pengajaran ~ pengajaran dengan cara seorang-seorang;

2. seorang diri:
soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~;

keseorangan terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian:
dia betul-betul ~ jauh dari segalanya;

perseorangan dengan cara berseorang-seorang (tidak secara berkumpulan dan sebagainya), satu-satu orang (tidak bersama atau dengan pelibatan orang lain):
usaha menulis bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara ~;
johan ~
johan atau juara yang terdiri daripada satu orang pemenang sahaja (bukan pasangan atau pasukan);
orang ~ orang bersendiri, individu;

orang-orangan, orang-orang
1. tiruan orang, boneka, patung:
kami dianggap ~;

2. sejenis patung yang dibuat untuk menakuntukan burung:
mereka buat ~ daripada kain baju yang buruk-buruk;
~ mata
bahagian yang hitam pada biji mata;

berorang ada orang:
rumah itu sepi tidak ~;

berorang-orang [Minangkabau] secara dengan orang lain (bukan secara sanak-saudara);

perorangan perihal orang seorang:
sajak ini menyiarkan teknik ~ bagi menghidupkan perasaan manusia.

berkongsi