ombak

1. gerakan air yang turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil:
hanyut dibawa ~ ke tepi pantai;
orang ~
ark orang yang gerak-gerinya sangat gelisah;
mabuk ~ mabuk laut;

2. [kiasan] gerak fikiran atau rasa hati yang tidak tetap (kacau):
ia tak dapat lagi menahan ~ di dadanya;
~ fikiran;
~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan
(peribahasa) telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi;
~ yang kecil jangan diabaikan (peribahasa) jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya;
bagai ~ Purus (peribahasa)
a) deru yang amat menghibakan;
b) riuh suara orang ramai;
menguap(-nguap) bagai orang ~ (peribahasa) perihal orang yang ketagihan candu dan lain-lain;
payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi (peribahasa) setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga daripada sengsara);
seperti ~ membanting diri (peribahasa) perihal seseorang yang dalam keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan;
silih berganti bagai ~ di tepi pantai (peribahasa) keadaan hidup yang tiada tetap (sekali susah, sekali senang);
yang ~ itu ~ jua, yang air itu air jua (peribahasa) serupa benar;

berombak, berombak-ombak
1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil:
angin bertiup dan laut pun ~;

2. berkeluk-keluk turun naik (seperti gelombang kecil):
tirai ~ sebagai latar belakang tambah mencantikkan rekaannya;
rambutnya ~
rambutnya ikal;

3. sesak (seperti orang yang bernafas dengan kencang), sebak (kerana tekanan perasaan):
dadanya semakin ~;
suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dengan seribu kemarahan;

mengombak
1. membuat ombak;

2. seperti ombak;
rambut pendek yang diombak-ombak rambut yang dikeritingkan.

berkongsi