oleh

1. (kata sendi nama) untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif:
daerah yang ditawan ~ musuh;
ditimbus ~ tanah longsor;

2. sebab, akibat, kerana:
~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dalam air;
mati ~ kerisnya sendiri;

3. pada, bagi, untuk:
tampak ~nya seorang tua berjalan di tengah-tengah sawahnya;

4. (ke) pada (yang menyatakan hubungan keluarga):
ia pun sepupu juga ~ tuan;
ia anak yang satu-satunya ~ pak cik saya;

5. dengan:
pokok-pokok yang lebat ~ buah;
dewan yang penuh sesak ~ orang ramai;
~ itu
= ~ sebab itu = ~ yang demikian lantaran itu;

beroleh
1. mendapat, menerima:
~ anak lelaki;
~ kebajikan;
~ kesenangan;

2. [sastera lama] boleh, dapat:
~ selamat sempurnalah anakanda daripada sekalian bencana;

memperoleh mendapat, menerima (mencapai, menemui, dan sebagainya) dengan ikhtiar atau usaha:
sagu diperoleh daripada pokok rumbia;
kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit;
keuntungan yang diperolehnya berlipat ganda;

pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) memperoleh;

pemeroleh pihak (orang, firma dan sebagainya) yang memperoleh sesuatu:
pindaan itu membolehkan pihak yang berkenaan memindahkan hak milik tanah kepada mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;

perolehan sesuatu (barang, hasil, dan lain-lain) yang diperoleh:
~ padi tahun ini lebih baik daripada tahun lalu.

berkongsi