mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yang lain (yang dapat digunakan, lebih sempurna, dan lain-lain):
getah dan bijih yang dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar untuk diolah;
cerpen yang diolah daripada perbendaharaan lama;
~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yang boleh digunakan dan lain-lain;
~ tanah mengerjakan tanah untuk ditanami;
olahan cara mengolah atau diolah:
dengan itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya;
pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dan sebagainya) mengolah:
Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit;
kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yang segar;
pengolah orang yang mengolah, alat untuk mengolah.