1. surat rasmi (antara dua negara dan lain-lain), surat keterangan yang rasmi:
kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow;
2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dan lain-lain):
setiausaha gabenor mengirim ~ keras;
3. bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yang dipelajari, dan lain-lain) untuk rujukan pada masa hadapan:
~ kuliah;
4. catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu;
~ bab nota (catatan) yang dirakamkan pada akhir bab;
~ hujungan nota (catatan) yang dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks;
~ kaki catatan (keterangan) ringkas yang ditulis atau terdapat pada kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dan lain-lain (pada ruang antara teks dan jidar kaki);
~ kontrak dokumen yang mengesahkan urus niaga telah dijalankan, yang mengandungi maklumat seperti syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain;
~ tepi nota (catatan) yang dirakamkan pada jidar luar dan jidar dalam.