tanda yang menyatakan bilangan, angka;
~ asas nombor dari 0 hingga 9;
~ atom (Kimia) nombor yang menunjukkan bilangan proton di dalam nukleus atom atau bilangan elektron yang mengelilingi nukleus atom neutral;
~ Avogadro (Kimia) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dalam satu mol bahan;
~ bercampur nombor yang mengandungi nombor penuh dengan angka pecahan;
~ bulat = ~ penuh nombor yang tidak ada angka pecahan;
~ ganjil nombor yang berlebih apabila dibahagi dengan dua;
~ genap nombor yang tidak berlebih apabila dibahagi dengan dua;
~ induk = ~ pokok [Indonesia] bilangan daftar dalam buku daftar;
~ lepas [Indonesia] eceran (surat khabar, majalah);
~ neutron (Kimia) bilangan neutron dalam sesuatu nukleus atom;
~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yang terdaftar dengan pihak yang berwajib, misalnya bagi kereta dan syarikat;
~ pengenalan diri nombor rahsia yang diperuntukkan kepada seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dengan kad bank untuk mengeluarkan wang tunai melalui ATM:
~ pengoksidaan (Kimia) bilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk memperoleh atom neutral;
~ perduaan (Matematik) nombor yang menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1;
~ perenambelasan (Matematik) nombor dalam sistem angka yang berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F;
~ perlapanan (Matematik) nombor dalam sistem angka yang berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7;
~ plat nombor pendaftaran pada kenderaan bermotor;
~ satu
a) angka satu;
b) = ~ wahid [bahasa percakapan] yang terbaik atau terdahulu;
~ siri nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya pada wang kertas;
~ tunggal nombor yang hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih);
bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan;
menombori memberi bernombor, memberikan nombor (bilangan) kepada;
penomboran perihal (perbuatan dan sebagainya) menombori (sesuatu):
~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku.