1. taksiran harga:
berapa ~ gelang ini?
2. harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain:
berapa ~ paun Sterling pada masa ini?
3. kadar, nisbah:
buah limau mempunyai ~ vitamin C yang tinggi;
4. darjat, kualiti, mutu, taraf:
Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yang tinggi ~nya;
5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain):
kemajuan yang kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dalam kebendaan tetapi kemajuan dalam ~ pergaulan dan kemasyarakatan;
6. [Indonesia] markah;
~ kalori (Kimia) kuantiti haba yang dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar;
~ pasaran (Ekonomi) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yang ditentukan oleh penawaran dan permintaan;
~ pH (Kimia) nilai yang mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus;
~ tara (Ekonomi) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.
bernilai mempunyai nilai;
menilai
1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai:
kesucian saya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit;
Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya;
2. [Indonesia] memberi markah;
ternilai dapat dinilai;
tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira:
untuk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yang tidak ~;
nilaian harga, taksiran:
jika tuan tanah tidak bersetuju dengan ~ yang dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi;
penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran:
menurut ~ saya, cerpennya yang terbaharu lebih berjaya;
penilai orang yang menilai, pentaksir.