akad (perjanjian) yang mengandungi lafaz ijab dan kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan:
telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang;
akad ~ perjanjian perkahwinan;
wakil ~ wakil pengantin lelaki dalam upacara nikah;
~ batin perkahwinan Orang Laut yang tidak menurut agama Islam;
~ gantung perkahwinan yang sudah sah tetapi belum dirasmikan dengan perayaan (suami isteri belum tinggal serumah);
~ taklik nikah dengan syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dan lain-lain);
~ turun malim nikah untuk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula);
~ zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam;
~ maharaja Boma (bumi) (peribahasa) orang yang kerap kali berkahwin atau orang yang berkahwin dengan tidak mengeluarkan belanja apa-apa;
masam bagai ~ tak suka (peribahasa) tidak bersenang hati seperti orang yang dipaksa kahwin;
bernikah mengikat hubungan sebagai suami isteri yang sah, melangsungkan perkahwinan:
maka ~lah Tengku Kamariah itu dengan Raja Kecil;
menikah berkahwin, bernikah:
maka ~lah Jaliah dengan Basir;
menikahi berkahwin dengan, mengahwini:
ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri;
menikahkan menjadikan sebagai suami isteri;
mengahwinkan:
maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dengan Tuan Puteri itu;
nikah-nikahan [bahasa percakapan] selalu bernikah, suka bernikah;
pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan.