negeri

1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dan lain-lain):
membuka ~;
ia berasal dari ~ China;
anak ~
penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera;

2. daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor:
saya berasal dari ~ Pahang;
dewan ~
majlis perundangan negeri;
tanah ~ tanah milik negeri;

3. kawasan bandar, bandar;
ibu ~ bandar yang dijadikan sebagai kepala negeri, ibu kota;

4. kerajaan, pemerintah;
S.M.A. N~ [Indonesia] Sekolah Menengah Atas Kerajaan;

5. [bahasa percakapan], [Indonesia] tanah asing (terutama negara-negara Barat);

6. [Minangkabau] sekumpulan kampung yang di bawah seorang ketua, daerah;
~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini;
~ angkat negeri yang dianggap sebagai negeri sendiri;
~ as [Indonesia] = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dalam perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri;
~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan;
N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah;
N~-N~ Selat
negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yang diperintah langsung oleh orang Inggeris pada zaman penjajahan;
~ yang baka (kekal) akhirat;
~ yang fana dunia;
~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk (peribahasa) orang kaya yang murah hati biarpun banyak orang yang meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah;
alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh (peribahasa) jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yang menimpa;
ibarat ~ berubah resam (peribahasa) hal manusia itu berubah-ubah fikirannya;
ke ~ cacing (peribahasa) mati;
seperti ~ dialahkan geroda (peribahasa) negeri atau kampung yang menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yang lain;

bernegeri
1. mempunyai negeri;

2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman:
sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kepada hamba Seri Nara Wangsa;

kenegerian perihal negeri, yang menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri;
faham ~ faham kedaerahan.

berkongsi