negatif

1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar:
saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati;

2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dan sebagainya yang membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dan sebagainya):
mereka dianggap bersikap ~ terhadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri;
golongan yang putus asa itu mempunyai sikap yang ~ terhadap hidupnya;

3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok (membahayakan, merosakkan dan sebagainya):
perubahan ~ biasanya lebih cepat mendapat reaksi berbanding dengan perubahan positif;
kita sedar akan bahaya daripada penyebaran budaya ~ yang dianggap oleh penyebarnya sebagai budaya moden dan maju;

4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti adanya sesuatu penyakit atau keadaan (berkenaan (dengan) hasil ujian diagnosis dan sebagainya):
mereka yang disyaki menagih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~;

5. = nombor ~ (Matematik) nombor yang lebih kecil daripada sifar;

6. kurang daripada sifar:
kayu bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yang ~;

7. imej foto pada filem yang belum berupa gambar;

menegatifkan menjadikan negatif:
tanggapan sendiri yang ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran;

kenegatifan perihal (keadaan) negatif.

berkongsi