1. suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan;
2. kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri:
~ China;
3. yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan);
ahli ~ pemerintah negara, negarawan;
bank ~ bank kepunyaan negara;
tata ~ aturan dan susunan negara;
~ bahagian negara yang menjadi anggota sesebuah negara persekutuan;
~ bangsa negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa;
~ besar negara yang kuat dan berpengaruh;
~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yang dianggap masih mundur atau sedang membangun;
~ hukum negara yang menjalankan kekuasaannya menurut hukum;
~ jiran = ~ tetangga negara yang berjiran (mempunyai sempadan yang sama);
~ kebajikan negara yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dengan memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, seperti elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dan sebagainya;
~ kesatuan negara yang dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan);
~ kota negara berautonomi yang terdiri daripada kota dan wilayah di sekelilingnya;
~ maju negara kaya yang sebahagian terbesar ekonominya bergantung pada industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yang tinggi;
~ matahari terbit negara Jepun;
~ membangun negara yang sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan lain-lain;
~ mundur negara(-negara) yang masih jauh ketinggalan terutamanya dalam kemajuan ekonomi;
~ perindustrian negara yang kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri;
~ pertanian negara yang sebahagian besar daripada penduduknya petani atau yang ekonominya berdasarkan pertanian;
~ polis negara yang kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dengan menggunakan kekuasaan polis;
~ pulau negara yang wilayahnya terdiri daripada sebuah pulau;
~ Selatan nama lain bagi negara membangun;
~ Utara nama lain bagi negara maju;
bernegara mempunyai negara;
kenegaraan perihal negara:
hidup kemasyarakatan dan hidup ~ .