naung,

naungan
1. tempat teduh (di bawah pohon dan lain-lain), lindungan:
duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara;
panas di sini, tidak ada naungan untuk berteduh;

2. [kiasan] jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan:
dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih;

bernaung
1. berlindung (di bawah pohon dan lain-lain), berteduh:
baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu;

2. [kiasan] berlindung (pada kerajaan lain), menerima perlindungan (dari negara lain), menjadi daerah naungan:
kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris;

bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sebagai pernaungan:
hidup itu ~ penyerahan diri kepada Allah;

menaungi
1. melindungi, memayungi:
maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yang duduk itu;

2. [kiasan] memberi naungan (kpada negeri lain), menjaga, mengawali:
dahulunya negeri-negeri Melayu itu dinaungi oleh kerajaan Inggeris;

pernaungan
1. tempat bernaung, perlindungan;

2. perihal (perbuatan dan sebagainya) menaungi:
dengan cara paksaan, gesaan atau ~;

penaungan perbuatan menaungi seseorang:
saya datang kepadamu untuk mendapatkan ~ dan perlindungan;

penaung orang yang memberi lindungan (bantuan, galakan, dan lain-lain), pelindung.

berkongsi