nama

1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dan lain-lain):
ia mencatat ~ orang yang menderma yang terdapat dalam senarai itu;
apa ~ buku yang kaubaca itu?;
ia mencatat ~ barang-barang yang diterimanya;
atas ~
dengan menggunakan nama, untuk kepentingan, demi;

2. [arkaik] gelaran, sebutan:
kerana jasanya yang besar, ia diberi ~ Datuk;

3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian;
mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian);
mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal);
mengambil ~
a) mencari muka;
b) memakai nama (daripada);
telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya);
~ am kata nama yang merujuk kepada konsep atau benda yang umum, misalnya rumah dan kecantikan;
~ baik
kehormatan, maruah;
~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yang sebenarnya (bukan nama samaran dan lain-lain);
~ benda (Linguistik) kata yang mengatakan nama sesuatu yang wujud atau yang dianggap wujud, kata benda;
~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja;
~ julukan nama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran);
~ kecil
a) nama ketika masih kecil;
b) nama depan (cara Barat);
~ keluarga nama yang dikongsi bersama oleh semua ahli dalam sesuatu keluarga;
~ khas kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus seperti orang, haiwan, tempat atau benda, misalnya Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur;
~ pena
nama yang digunakan oleh penulis pada karya-karya (bukan namanya yang sebenarnya);
~ samaran = ~ pedengan nama untuk menyembunyikan nama yang sebenarnya;
pada ~ sahaja tidak wujud (berlaku) seperti yang diperikan:
golongan Islam pada ~ sahaja;

bernama
1. memakai nama, mempunyai nama:
pekannya ~ Simpang Empat;

2. mendapat nama, masyhur, terkenal:
penulis yang belum ~;

menamai membubuh (memberi) nama kepada, menggelari:
ia ~ anaknya itu Naziha;
jabatan tersebut dinamai sedemikian untuk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur;

menamakan
1. memberi sesuatu nama sebagai menggelarkan, menyebuntukan:
kami ~ bangsa kepada diri kami Magyar;

2. menganggap (sebagai), menyebut:
kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yang sejati;

3. mencalonkan seseorang (untuk memegang sesuatu jawatan dan lain-lain), mengemukakan nama seseorang sebagai calon:
Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon untuk pilihan raya;

ternama terkenal, termasyhur:
Greenberg, seorang ahli bahasa yang ~;

kenamaan
1. terkenal, termasyhur:
beberapa ahli bahasa yang ~ turut menyumbangkan tenaga;

2. besar (orang, pegawai, dan lain-lain), berpangkat tinggi:
anak orang besar-besar dan ~ dihantar ke sekolah Inggeris;

penamaan perihal menamakan, pencalonan;
surat ~ waris itu hendaklah dianggap sebagai satu wasiat kepada seorang waris;
kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kepada rakyat dari seluruh negeri untuk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah;

penama
1. orang yang memberi nama (mencalonkan, melantik), pencadang;

2. orang yang dinamakan (dikemukakan) sebagai waris dan lain-lain.

berkongsi