mutlak

1. tidak terbatas (hak, kuasa, dan lain-lain), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dan lain-lain), lengkap, penuh, umum:
Belanda bersetuju untuk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik;
perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yang ~ kepada perintah tinggi;
hak ~
hak penuh;
syarat ~ yang mesti ada (tidak boleh tidak);
wakil ~ wakil penuh;

2. suci;
air ~ air yang suci dan boleh menyucikan (seperti air hujan dan lain-lain);

memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi mutlak:
jangan sampai ada orang yang menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang;

kemutlakan perihal mutlak;

pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan.

berkongsi