[Arab]
1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dan lain-lain), sukar, sulit:
sekiranya dia menanyakan suatu perkara yang ~ baginya, hendaklah kita jawab;
2. tidak puas hati, kecewa, kesal:
Kamal berasa ~ apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa;
memusykilkan
1. menyebabkan jadi musykil, memayahkan, menyukarkan, menyulitkan:
dia menanya segala apa yang dimusykilkannya, segala apa yang ada hubungannya dengan soal agama;
2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan:
hanya yang dimusykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar;
kemusykilan
1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan:
Tajurim menjawab dengan tenang tiap-tiap ~ Maznah itu;
2. sesuatu yang tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan:
si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kepada sesiapa pun.
Musyrik [Arab] orang menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah seperti memuja berhala, dewa dan sebagainya;
memusyrikkan menjadikan atau menyebabkan Musyrik:
maka orang tuanyalah yang akan mengislamkan, meyahudikan atau ~ putera atau puterinya;
kemusyrikan perihal Musyrik (kafir).