mustajab

[Arab]

1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dan lain-lain), makbul:
doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah;

2. [bahasa percakapan] mujarab:
ubat yang amat ~ untuk penyakit sengal;

memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dan lain-lain), memakbulkan, memperkenankan:
pada hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya;
mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah;

kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran.

berkongsi