1. masa yang tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim:
dalam ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dalam tanah;
2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dan lain-lain):
orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pada ~nya sahaja;
3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dan sebagainya) yang serupa:
Karim kebingungan menghadapi ~ perang;
~ angin masa angin bertiup;
~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir;
~ barat [Indonesia] musim hujan di Sumatera dan Jawa;
~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah;
~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pada akhir musim sejuk);
~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri-negeri berhawa dingin);
~ haji masa orang menunaikan fardu haji;
~ kelambu menunggal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dari bulan November hingga bulan Januari);
~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun;
~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba);
~ menuai (panen) masa menuai padi;
~ panas musim antara musim dingin dengan musim luruh (ketika udara panas);
~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dari barat laut dan membawa hujan (dari bulan Jun hingga bulan September);
~ tengkujuh musim hujan selalu turun;
semusim
1. sama musimnya;
2. masa kira-kira setahun (dari musim tertentu hingga kembali musim itu lagi):
ada ~ baginda duduk di dalam negeri itu, beranak seorang laki-laki bernama Encik Tayan;
bermusim
1. sudah sampai atau tiba musimnya;
belum ~ belum sampai musim atau masanya;
2. mengikut musim:
tanam-tanaman ~;