muram

1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram:
hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi;

2. tidak berseri (air muka dan lain-lain), tidak gembira:
suatu hari suamiku pulang dengan muka yang ~;

3. [kiasan] tidak bahagia (hidup dan lain-lain), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dan sebagainya), menderita:
hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah;
keadaan ekonomi antarabangsa yang ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun seperti Malaysia;

bermuram ~ durja bermasam muka (kerana sedih dan lain-lain), tidak jernih air mukanya:
seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang;

memuramkan menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan:
perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu;

kemuraman perihal (keadaan dan sebagainya) muram, kesuraman:
Rahman memandang wajah isterinya yang masih cuba menyembunyikan ~nya.

berkongsi