murah

1. banyak, berlebih-lebih, limpah:
mereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai;

2. rendah harganya, tidak mahal:
makanan yang ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat;

3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dan lain-lain):
setelah Sultan Muzaffar Shah di atas kerajaan, terlalulah baik fiil baginda dengan adilnya dan ~ nya;

4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang;
~ hati
a) suka memberi, tidak kedekut;
b) pengasih dan penyayang;
~ mulut ramah mesra (tamah);
~ rezeki banyak rezeki;
~ tangan suka memberi;
~ di mulut, mahal di timbangan (peribahasa) banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya;
makin ~ makin menawar (peribahasa) seseorang yang telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yang lebih);

bermurah;
~ hati tidak segan (memberi sedekah dan lain-lain), bersifat murah:
beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kepada kami;

memurahkan menjadikan murah (harga dan lain-lain), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga:
kerana persaingan yang hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya;

mempermurahkan [kiasan] menganggap mudah (senang dan lain-lain):
kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dengan tidak semena-mena;

murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya:
mereka selalu dianggap sebagai gadis ~;
hanya bahan-bahan ~;
hiburan ~;

kemurahan
1. perihal murah, kelimpahan:
sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kepada keadilan dan ~mu;

2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih:
sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati engkau itu;

pemurah (orang yang) suka memberi, tidak kedekut:
dia ialah sahabat yang ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah.

berkongsi