1. = asal ~ asal, pokok pangkal:
mari kita kembali ke ~nya;
2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dan lain-lain);
~ pertama yang paling awal, pertama sekali;
wang ~ wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan);
3. sebab, lantaran, fasal:
apa ~nya dia datang ke mari?
mula-mula
1. terlebih dahulu, pada awalnya, pertama-tama:
binatang yang ~ sekali meninggalkan laut untuk hidup di darat ialah cacing;
2. sejak, semenjak:
~ sampai ia belum makan lagi;
semula
1. yang dahulu, yang mula-mula, sediakala:
orang sakit itu sudah sembuh seperti ~;
2. yang paling awal, yang pertama sekali:
pendapatnya sekarang ini berlainan dari ~;
3. (sejak) awal, (dr) mula sekali:
sejak ~ dia tidak bersetuju;
4. diulang sekali lagi (dari mula), lagi sekali:
sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil;
5. balik (seperti sediakala), kembali (seperti dahulu):
perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~ ;
membebaskan bandar itu ~ daripada tangan musuh;
~ jadi yang diwarisi baka;
bermula
1. mempunyai mula (awal):
penyakit ini ~ dengan selesema;
2. berpunca, berpangkal:
banjaran ini ~ dari negara Thai;
3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama-tama:
bermula-mula yang masuk neraka itu segala raja yang zalim;
4. sediakala, yang dahulu, yang mula-mula:
kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk seperti ~ dan berpandang-pandangan;
5. = sebermula [sastera lama] pembuka kata untuk sesuatu kisah dan lain-lain, kata permulaan untuk sesuatu kisah (peristiwa dan sebagainya), pertama-tama:
~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun;
sebermula bangkai bertimbun seperti gunung, darah seperti laut;
6. [sastera lama] (yang) awal atau asal:
maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dari ~ sampai kepada akhirnya;
kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya:
mustahillah untuk mempercayai ~ waktu;
mulai
1. mula-mula melakukan sesuatu:
pada malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ;
pada hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson;
2. sejak (semenjak), dari:
larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini;
memulakan
1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu:
dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu;
2. melakukan (mengerjakan) dari mula,mengasaskan:
memang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi untuk memelihara perniagaan itu;
3. membiarkan mula melakukan sesuatu:
orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan;
termula [bahasa percakapan] telah dimulakan:
apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini;
permulaan
1. awal, yang awal (pertama) sekali, yang terdahulu:
pada peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya;
2. dasar, asas:
Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yang membuat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis;
3. pendahuluan;
~ kata (kalam) kata pendahuluan:
penyiasatan ~;
berpermulaan mempunyai permulaan:
sesuatu perbuatan harus ~;
pemula
1. orang yang mula-mula membuat sesuatu;
2. sesuatu yang dipakai untuk memulakan sesuatu;
3. [Indonesia] pasukan anak serigala (sebelum pengakap). mulakat [Arab] perjumpaan, pertemuan.