1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik:
marilah kita ~ ke hulu sungai ini;
2. [Jakarta] pulang ke kampung (dusun dan lain-lain);
sehilir se~ setuju, sepakat;
belum tentu hilir ~nya (peribahasa) belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara;
di ~ sebulakan, di hilir semuara (peribahasa) persatuan yang kukuh;
ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya (peribahasa) sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya;
tiada dibawa orang sehilir se~ (peribahasa) dipulaukan daripada masyarakat;
bermudik belayar ke hulu sungai:
di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke;
memudiki belayar mudik (sesuatu sungai):
kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo;
memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai:
kerana arus yang deras, ia tidak dapat ~ perahunya;
termudikkan dapat dimudiki:
jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera marhum yang mangkat di Buantan.