1. sesuatu yang merugikan atau membahayakan, kerugian, bahaya:
selain Allah, tiadalah kuasa yang mendatangkan manfaat atau ~ kepada diri manusia;
memberi ~ merugikan;
2. tidak berhasil (berjaya), gagal;
3. berbahaya, merugikan:
huraikan satu kaedah untuk membunuh kuman yang ~ yang ada di dalam susu;
4. melarat (penyakit dan lain-lain), bertambah payah:
maka ~lah penyakit itu;
bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya:
ular dianggap sebagai binatang yang ~ kepada manusia;
memudaratkan
1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan:
tiada sesiapa pun yang mahu ~ dirinya sendiri;
2. mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan:
kita telah membuat garam biasa yang tidak ~;
kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian:
dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yang boleh membawa ~ bagi dirinya.