muak

1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan;

2. berasa loya atau hendak muntah, mual:
sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~;

3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu):
kami sudah ~ dengan taktiknya yang terlalu berhati-hati;

4. (Kimia) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dan lain-lain) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkan itu, tepu;

memuakkan
1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan:
bau makanan itu ~nya;

2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan.

berkongsi