motor

1. alat yang menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal untuk menghasilkan gerakan;
~ sangkut = ~ tempel [Indonesia] enjin yang dilekatkan di buritan perahu (untuk menggerakkan perahu);

2. [bahasa percakapan] (sesuatu) yang dijalankan dengan motor;
perahu ~ motobot;
sepeda ~ [Indonesia] motosikal;

3. [Indonesia] motokar, kereta;

bermotor
1. [Indonesia] menaiki motokar atau motosikal;

2. dilengkapi motor, memakai motor:
basikal ~;

permotoran hal (kegiatan, sukan dan sebagainya) yang berkaitan dengan kenderaan bermotor:
kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dengan pelbagai bentuk sukan ~ seperti perlumbaan go-kart dan kereta;
kemajuan Proton yang menjadi pemangkin industri ~.

berkongsi