1. [bahasa halus] minta, minta izin:
setelah itu maka sahaya ~lah pulang;
2. [sastera lama] ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dan lain-lain), maaflah:
maka titah baginda, Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu? maka sembahnya, ~ patik, tuanku;
bermohon
1. meminta izin;
~ diri meminta izin pergi:
sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali;
2. mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan:
maka Upu Daeng Perani pun ~lah kepada sultan;
memohon meminta (lebih halus):
kami ~ maaf atas kesilapan ini;
memohonkan memintakan (sesuatu daripada):
mahu aku ~ kehendakmu itu kepada Allah Taala;
permohonan apa yang diminta, permintaan:
segala ~nya untuk mendapat kerja ditolak;
pemohon orang yang memohon sesuatu;
pohon II.