1. wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga (menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan dan lain-lain), pokok (untuk berniaga):
jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ untuk menjalankan perniagaan itu habis;
barang ~ barang-barang yang dapat menghasilkan barang-barang lain (seperti alat penenun dan lain-lain);
penanaman ~ perihal menggunakan modal untuk mendapat keuntungan (dalam perniagaan, perusahaan, dan lain-lain);
2. [kiasan] sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain:
kerbau itu cukup dijadikan ~ untuk beristeri;
baginya pelajaran adalah ~ terpenting untuk mencapai kejayaan;
3. [kiasan] [bahasa percakapan] buah fikiran, idea:
aku kehabisan ~ untuk menyampuk cakap teman-temanku;
~ bergerak = ~ berpusing modal yang boleh berpindah-pindah (seperti barang-barang mentah, wang, dan lain-lain);
~ campuran modal (usaha) gabungan;
~ kerja modal yang digunakan untuk menjalankan sesuatu perniagaan;
~ sambut buah fikiran orang lain yang digunakan dalam sesuatu percakapan (perbincangan dan lain-lain);
~ tetap modal yang tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dan lain-lain);
semodal berkongsi dalam perusahaan, ikut serta dalam urusan perniagaan dan lain-lain;
orang ~ orang yang turut sama menaruh modal dalam perusahaan dan lain-lain;
bermodal mempunyai modal:
golongan kapitalis ~ besar;
bermodalkan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sebagai modal:
beliau memulakan perniagaan dalam bidang hiasan dalaman dengan ~ wang sebanyak RM25 ribu;
memodali memberi modal (untuk sesuatu perniagaan, perusahaan, dan lain-lain):
beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu;
kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung;
permodalan syarikat ~ syarikat yang menanam modalnya dalam perniagaan atau perusahaan lain untuk mendapat keuntungan;
pemodal orang yang memberi modal, penanam modal:
kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yang semata-mata mencari keuntungan.