1. cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dan sebagainya;
2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau direka-reka, dongeng;
memitoskan
1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dan sebagainya) sebagai mitos:
beliau mematikan watak Raden Kelang dengan ~ bahawa putera raja yang masih muda ini terbunuh di Kampung Keling;
2. mendewa-dewakan seseorang:
mereka berjaya juga mengurangkan aspek yang ~ tokoh-tokoh tersebut;
kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos:
penjelasan yang meyakinkan wujudnya ~ sumpahan tersebut;
pemitosan perihal memitoskan:
ada obsesi untuk menemukan akar, nostalgia dan akhirnya ~ tanah asal yang telah hilang.