minyak I

cairan yang tidak boleh bercampur dengan air (diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yang cair;
~ angin sejenis ubat (untuk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dan lain-lain) yang diperbuat daripada campuran beberapa bahan;
~ atar sejenis minyak wangi (berasal dari negara Timur Tengah);
~ babi cairan lemak babi;
~ bakar [Indonesia] minyak untuk menjalankan enjin (kapal dan lain-lain);
~ bata minyak yang diperbuat daripada buah suntai (boleh dimakan);
~ benzin minyak untuk menggerakkan jentera dan lain-lain;
~ bumi beberapa jenis minyak yang di lombong dari bumi;
~ cat minyak untuk mencairkan cat;
~ cenduai sejenis minyak guna-guna (untuk menarik hati perempuan);
~ diesel minyak yang digunakan untuk enjin diesel;
~ galian minyak bumi;
~ gas = ~ tanah minyak yang mudah terbakar (dipakai untuk lampu dan lain-lain);
~ goreng minyak untuk goreng-menggoreng;
~ gosok minyak yang digunakan untuk mengurut;
~ hitam
a) minyak yang agak pekat untuk melicinkan perjalanan enjin;
b) = ~ tar sejenis minyak yang diperoleh dalam arang batu dan digunakan untuk membuat jalan raya (mengawet kayu dan lain-lain);
~ ikan minyak daripada lemak ikan paus dan sebagainya;
~ jarak (kelapa, zaitun, dan lain-lain) minyak yang dibuat daripada buah jarak (kelapa, zaitun, dan lain-lain);
~ kacang minyak yang diperoleh daripada kacang tanah, biasanya digunakan dalam masakan, produk farmaseutikal, sabun dan sebagainya;
~ kelapa minyak yang diperoleh daripada isi kelapa dan digunakan untuk masakan, membuat sabun dan sebagainya;
~ kelung air atau cairan yang keluar dari pipi gajah yang sedang naik berahi;
~ kelonyor sejenis minyak yang harum dan mudah meruap (eau de Cologne);
[Indonesia] ~ lincir = ~ pelicin minyak untuk melicinkan perjalanan mesin dan lain-lain;
~ linsid minyak berwarna perang dan mudah terbakar yang diekstrak daripada biji flaks, digunakan dalam pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dan sebagainya;
~ masak minyak seperti minyak kelapa dan minyak sawit, yang digunakan untuk memasak atau menggoreng makanan;
~ mentah minyak yang dilombong dan belum diolah lagi;
~ mineral minyak yang diperoleh daripada penyulingan petroleum yang digunakan sebagai pelincir, pelembab dan dalam perubatan;
~ pati minyak yang diekstrak daripada tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dalam membuat minyak wangi, sebagai perisa dan sebagainya;
~ parafin minyak tanah;
~ pekat [Indonesia] salap;
~ pelincir minyak untuk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin;
~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dan lain-lain yang diekstrak daripada bahagian tumbuhan seperti bunga, daun atau kayu, dan digunakan untuk membuat minyak wangi dan perisa makanan;
~ petrol minyak untuk menjalankan enjin dan lain-lain;
~ rambut minyak untuk melicinkan rambut;
~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana yang rendah;
~ sapi = ~ samin sejenis minyak yang diperbuat daripada susu lembu dan lain-lain;
~ sawit minyak yang diperoleh daripada buah kelapa sawit dan digunakan untuk masakan, membuat sabun dan sebagainya;
~ sayur minyak yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan digunakan untuk memasak, membuat majerin dan sebagainya;
~ super minyak petrol tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana yang tinggi;
~ tetap minyak lemak yang tidak meruap yang diperoleh daripada sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan untuk membuat bahan pelincir, sabun dan sebagainya;
~ wangi = ~ raksi minyak yang berbau harum (bau-bauan);
~ dengan air adakah bercampur (peribahasa) orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu;
~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yang digorengkannya (peribahasa) seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kepada seorang raja atau orang kaya dengan menggunakan kekayaan orang itu sendiri;
~ habis sambal tak enak (peribahasa) kekecewaan dalam perjodohan anak dengan menantu;
licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berselang (peribahasa) sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh atau sombong kerana harta atau barang yang dipinjam;
memasukkan ~ tanah (peribahasa) menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat;
sesudah arang-arang hendak ~ pula (peribahasa) sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dengan orang itu;

berminyak
1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak:
ikan yang ~ mengandungi zat vitamin A dan D;

2. memakai minyak:
rambutnya kering dan kasar tidak ~;
~ air mukanya
[kiasan] nampak berseri mukanya (kerana gembira dan lain-lain);
pandai ~ air ki
a) pandai berkata-kata untuk mencapai sesuatu maksud;
b) pandai berpura-pura (bermuka-muka);
c) pandai menggunakan sesuatu yang sebenarnya kurang baik;
~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin (peribahasa) tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pada akhir kesudahannya;
~ tak licin (peribahasa) alang kepalang, tanggung-tanggung;

meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pada, melumuri dengan minyak:
ia sibuk ~ segala bahagian jentera yang bergerak;

perminyakan perihal minyak (perlombongannya dan lain-lain);
sakramen ~ [Indonesia] sejenis upacara bersembahyang untuk orang yang hampir akan mati (Roman Katolik).

berkongsi