minum

= meminum
1. meneguk atau menelan sesuatu yang cair (air, susu, dan lain-lain);

2. [Indonesia] menghisap (rokok, candu, dan lain-lain):
janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan beberapa celaka dan kebinasaan;
~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah
(peribahasa) seseorang yang sangat bersusah hati;

meminumkan
1. memberi minum kepada:
seorang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dengan sepuas-puasnya;

2. menyuruh (meminta supaya) minum;
~ kuda;

terminum
1. minum dengan tidak sengaja, telah atau sudah diminum;

2. boleh (dapat) diminum;

minuman barang cair yang boleh diminum;
~ keras minuman yang memabukkan;

peminuman perbuatan (proses) meminum air dan sebagainya:
bahan radioaktif masuk ke dalam tubuh manusia melalui proses pemakanan dan ~;

peminum orang yang suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras.

berkongsi