1. sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur:
ia melihat segala-galanya dalam ~;
2. [kiasan] angan-angan;
berkelahi dalam ~ (peribahasa) sesuatu perbuatan atau perkataan dengan tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh;
bermimpi
1. melihat sesuatu dalam mimpi:
maka ia ~ dirinya berpandangan dengan Rasulullah;
2. [kiasan] berangan-angan;
memimpikan
1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu:
malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan;
2. [kiasan] mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yang bukan-bukan atau yang amat sukar dicapai):
daripada sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yang sama sekali tidak kumimpikan;
Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ kehormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasyhuran, dan cinta wanita;
termimpi terlintas dalam fikiran, terfikirkan sebagai sesuatu yang mungkin dapat dicapai (diperoleh dan sebagainya):
kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun untuk pengembaraan ke bintang yang lain pula;
termimpi-mimpi
1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu;
2. tampak terbayang-bayang dalam ingatan;
termimpikan dimimpikan:
satu ketika dahulu, dia tidak pernah ~ hak ini;
mimpian
1. apa yang dilihat (dialami) dalam mimpi, khayalan;
2. [kiasan] cita-cita (yang mustahil);
impi.