mesra

1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati:
gaul serbuk besi dengan belerang sampai ~ di dalam satu lesung;
kanji daripada beras ini mudah ~ ke dalam daging kain;

2. erat atau karib benar (bersahabat, berkasih-kasihan, dan lain-lain):
laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dengan amat ~nya;
perhubungan yang ~;

3. muluk-muluk (janji dan lain-lain), indah-indah, sedap (bunyi dan lain-lain), nyaman:
janji-janji ~ semasa bercinta;
suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi;~ alam
tidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar:
kenderaan ~ alam;
~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dan sebagainya), terutamanya oleh orang yang tidak mahir:
komputer ~ pengguna;

bermesra, bermesra-mesra
1. bersahabat (bergaul, bercampur) dengan mesra, berbaik-baik, beramah-ramah:
sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa;

2. bercengkerama, bercumbu-cumbu, berasmara:
janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis untuk ~ dengan anak gadisnya itu;

bermesraan
1. bergaul atau bersahabat dengan ramah mesra antara satu sama lain;
Allah mencipta manusia untuk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya untuk bermusuh-musuhan dan benci-membenci;

2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan, bercengkerama;

bermesramesraan
1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesraan:
lalu wujudlah perasaan suka bekerjasama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yang lebih mantap;

2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan:
taman bunga merupakan salah satu tempat yang disukai muda-mudi untuk ~;

memesrai mendatangkan rasa mesra pada:
dia sendiri membalas senyum yang diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula;

memesrakan
1. memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh;

2. menyenangkan, menyamankan:
Nahidah mulai merasakan sesuatu yang ~ pula;

3. menjadikan (persahabatan, diri, dan sebagainya) lebih rapat dengan pihak lain:
dia tidak lagi memberi ruang dalam hatinya untuk ~ dirinya dengan Tuhan;

termesra sudah berpadu benar;

kemesraan perihal mesra:
anaknya itu masih kecil, masih haus kepada kemanjaan dan ~ .

berkongsi