mesin

alat atau perkakas yang menggunakan kuasa, seperti elektrik dan enjin, untuk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat;
~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong [Indonesia] peti nyanyi;
~ cetak mesin untuk mencetak (buku dan lain-lain);
~ faks mesin untuk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dan sebagainya;
~ frangki
alat untuk mengecap tanda setem pada surat, bungkusan dan sebagainya yang menandakan bayaran pos telah dijelaskan;
~ gerudi mesin untuk mengorek lubang;
~ getah alat untuk mengepingkan getah yang telah ditakung;
~ jahit mesin untuk menjahit (pakaian dan lain-lain);
~ jahit kaki mesin jahit yang dijalankan dengan kaki;
~ juruwang automatik mesin atau alat yang membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dan sebagainya) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank);
~ kira = ~ hitung mesin untuk menghitung;
~ kisaran padi mesin untuk mengisar padi;
~ perakam waktu mesin yang merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas;
~ sinar-X mesin yang memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (seperti bahagian dalam tubuh, bagasi dan sebagainya);
~ slot mesin untuk berjudi dengan memasukkan duit (syiling) ke dalamnya;
~ stensil alat yang digunakan untuk mencetak salinan bertaip atau bertulis daripada stensil;
~ taip = ~ ketik [Indonesia] = ~ tulis mesin untuk menulis;
~ tayang wayang gambar alat untuk menayangkan filem;
~ tempel [Indonesia] mesin (enjin) motor sangkut;
~ terbang [Indonesia] kapal terbang;

bermesin dipotong dan sebagainya dengan menggunakan mesin:
rumput yang sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~;

memesin mengerjakan sesuatu dengan mesin:
waktu Agus pulang dari ~ getah, tidak ada kuih yang terhidang;

pemesinan perihal memesin.

berkongsi