merosot

1. tergelincir turun (kerana licin dan lain-lain);

2. turun (harga, mutu, dan lain-lain), jatuh, berkurang (perniagaan dan lain-lain):
kerana aku begitu terikat dalam soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali;

memerosotkan menyebabkan merosot (berkenaan (dengan) harga, prestasi dan sebagainya), memundurkan:
faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dalam pasaran saham;

kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dan lain-lain), kejatuhan, kemunduran:
apabila berlaku ~ dalam bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya.

berkongsi