meriah

1. riang gembira, suka ria:
mereka merayakan kemenangan itu dengan sangat ~;
suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang;

2. besar-besaran, ramai:
pesta main pantai tahun ini lebih ~ daripada tahun-tahun lalu;

3. dengan rasmi, dengan upacara (kebesaran, kemuliaan, dan lain-lain):
mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dengan ~ dan penuh perasaan;

memeriahkan menjadikan meriah, menggembirakan, meramaikan, dan lain-lain:
pesta itu dimeriahkan dengan tarian dan nyanyian daripada berbagai-bagai bangsa;

kemeriahan keriaan, kegembiraan, keramaian:
hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dengan penuh kemesraan dan ~.

berkongsi