merdeka

bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan, dan lain-lain), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain:
Malaysia ialah sebuah negara yang ~ dan berdaulat;
besok ia jadi seorang awam yang ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yang dikongkong oleh undang-undang dan disiplin;
~ ayam
bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati);
akhbar ~ akhbar yang tidak terikat pada mana-mana parti politik;

memerdekakan memberi kebebasan melepaskan daripada penjajahan (kurungan dan lain-lain), membebaskan:
India telah dimerdekakan pada bulan Ogos 1947;
bagaimana dia boleh ~ dirinya daripada kapitalis-kapitalis kecil itu?

kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan:
kita telah berjaya mencapai ~ pada 31 Ogos 1957;

pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) memerdekakan, pembebasan;

pemerdeka orang dan lain-lain yang membebaskan daripada penjajahan (kurungan dan lain-lain).

berkongsi