1. belum masak (buah-buahan dan lain-lain), masih muda;
2. tidak masak betul (barang yang dimasak):
nasi yang dimasaknya ~;
3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak:
rojak biasanya dibuat daripada sayur-sayuran ~;
4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dan lain-lain);
5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dan lain-lain), belum diproses (untuk dijadikan barang yang lebih sempurna dan sebagainya):
ekonomi negeri kita bergantung pada pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah;
eksport petroleum ~ juga meningkat 1%;
6. belum sempurna (akal, fikiran, dan lain-lain), masih belum dewasa atau matang:
anak-anak muda yang masih ~ ini akan terkorban oleh adat masyarakat;
mentah-mentah
1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dan lain-lain):
kebanyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu;
2. tidak dengan berhasrat apa-apa, dengan begitu sahaja, bulat-bulat:
Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yang berkedudukan baik;
kementahan perihal mentah.