memudah-mudahkan

menganggap atau memandang ringan;

mempermudah menjadikan lebih mudah:
tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kira-mengira biasa;

mudah-mudahan;
bukan ~ bukan perkara (hal dan lain-lain) yang mudah;

kemudahan
1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu);

2. kesenangan, keselesaan:
pihak yang tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu untuk ~ rakyat;

3. sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dan sebagainya):
pelbagai ~ disediakan untuk projek ini;
~ awam
perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya;

pemudahan perihal (perbuatan dan sebagainya) memudahkan;

pemudah (orang) yang suka kepada perkara yang senang-senang sahaja;
~ cara orang (pihak) yang memudahkan sesuatu tindakan atau proses (seperti pemindahan ilmu):
sektor awam akan bertindak sebagai ~ cara kepada perkembangan sektor swasta.

berkongsi