memodenkan

menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui:
Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya;

kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dan sebagainya) moden:
baik kaunseling dalam bentuknya sekarang yang banyak diselubungi ~, mahupun pada zaman awalnya yang lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata;

pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dan sebagainya) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan:
kerajaan Jepun berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mempercepat ~ negeri itu;
penyempurnaan dan ~ bahasa dalam menghadapi cabaran semasa perlu berlaku di negara-negara membangun.

berkongsi